Youtube !! Oh Youtube!!

Youtube ohh Youtube

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabatku..semua sihat?
Dah lama MY tak update blog di shukrisyira.com kerana ada sedikit kesibukan.

Jadi untuk posting pada kali ini adalah berkenaan dengan Youtube..
Kenapa dengan Youtube?

Sebenarnya tiada apa apa pun..hehehe..saje je kerana hari ini rasa macam nak berkongsi serba sedikit tentang Youtube..MY tak layak pun kalau nak bercerita panjang lebar tentang youtube ni kerana Subscriber MY pun hanya 163 subscriber je..yang Channel gaming plak 24 subscriber je..hahaha jadi memang tak layak untuk memberi tip-tip tentang youtube.

cuma hari ini MY nak berkongsi dengan sahabat apa yang MY tahu sepanjang buat content dalam youtube.

4000 Jam waktu tonton dan 1000 subscriber

Pada tahun 2018 youtube telah melancarkan satu peraturan baru untuk content creator di Youtube. Dimana untuk mendapat monitize atau untuk menjana income
di Youtube, para content creator perlu melepasi peraturan baru yang ditetapkan oleh Youtube.

INGAT!! 4000 jam dan 1000 subscriber bukan lah adalah dah boleh mula menjana income di youtube, ia adalah umpama lesen yang perlu anda dapat dan apabila anda dah lepas peraturan tersebut. Pihak Youtube akan review dahulu channel kita samada lepas atau tidak.

Copyright Claim

Selain itu, kita kena berhati-hati ketika membuat content video samada semasa rakaman atau semasa editting. Kita kena pastikan bahawa tiada unsur copyright claim dalam video kita. Jika ada copyright strike a.k.a copyright claim ia juga akan mempengaruhi monitize channel kita. Jadi berhati-hati ketika membuat video.

Elakkan Komen sub for sub dalam di tempat komen Youtube

Kondisi ini juga boleh memberi masalah kepada channel kita. Youtube mengguna robot untuk memantau setiap komen yang ia telah menetapkan algoritma, jika terdapat komen yang menjurus kepada iklan channel makaia dianggap sebagai spam. Jadi elakkan sebarang komen yang berbentuk sedemikian

Mcm MY..masih belum lagi melepasi peraturan baru tersebut..sedihkan…huhuhuhu..apa lagi tolong la support MY..pleassssee

klik kat sini
Shukri Shaidan Channel Youtube Santai-santai
Channel Gaming Shukrisyira.com

Setakat itu sahaja perkongsian cetek MY tentang Youtube..peace..nanti untuk lain lain tip MY akan sambung buat Posting lg

 407 total views,  6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *