MY berpendapat bahawa, semua orang mempunyai impian untuk bercuti bersama keluarga. Sama la dengan MY. Sebenarnya MY dah lama tak bercuti bersama keluarga, yela masing masing ada komitmen dan keluarga. Jadi pada tahun ini, memandangkan Hari Raya Puasa semua dapat cuti …Zassss..dengan pantas terus planning untuk percutian ini tetapi terdapat beberapa kriteria untuk percutian kali ini iaitu tempoh yg pendek, costless dan menarik..
ermmm..bunyi agak menyeramkan juga tapi tak mengapa demi untuk bercuti bersama keluarga kita harus tempuhi. Untuk memenuhi kreteria ini, MY membuat perancangan dengan My Daddy..bincang pun bincang..akhirnyaa..yesss..keputusannya adalah, kita minum air dulu…hahaha..nanti kita sambung bincang..haha..(dahaga air juga tau..perbincangan ini dibuat waktu malam..nanti orang ingat MY tak puasa..hahaha..MY puasa ok..hahaha)..sambung lagi..
Mesti ada yang tertanya kenapa ade kriteria untuk bercuti…ok la..MY ceritakan..
i – Tempoh pendek – walaupun kami adik beradik dapat cuti bersama tetapi tempoh percutian tu tak sama lagi pon kami kena planning betul-betul kalau tak masalah akan timbul nanti, lagipun percutian kali ini adalah cuti perayaan, so pandai-pandai la merancang..
ii – Costless – bukan tak pakai duit, pakai..cuma kita jimat cermat, yela family besar..jadi, sebarang perbelanjaan kena la kawal
iii – Menarik – apa yang dimaksudkan dengan menarik ini adalah tempat senang nak pergi dengan family yang ramai, pemandangan cantik dan tempat tu ade something yang perlu kita tahu..
Jadi, keputusannya setelah berbincang dengan my Daddy dan family adalahhh…jeng..jeng..Kami decide nak bercuti di Pulau Pangkor dan Cameron Highland dan apa yang menarik untuk percutian kali ini adalah percutian ini mengambil masa 3 hari 2 malam je..bayangkan nak pergi 2 tempat yang berbeza dan jarak perjalanan yang agak jauh..ermm..mau tercabut lutut..hahaha..
Untuk ke Pulau Pangkor sebenarnya kami pergi balik hari jer..kami bertolak sebelah pagi dan balik pada sebelah petang..cukup la untuk ronda ronda kawasan pulau tersebut.. jadi perjalanan kami ke Pulau Pangkor bermula di Ipoh..kenapa bermula di Ipoh kenapa tak di kota bharu?? aduiii..takkan nak citer jugak dari Kota Bharu..hehehe..sebenarnya MY nak fokuskan kepada percutian ni sahaja..sebab itu, bermula di Ipoh..Jadi perjalanan ke Lumut dari Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih..sebenarnya ia bergantung kepada pemandu..MY amat berhemah semasa memandu tau..so, sebab itu mau jadi 2 jam lebih..hehehe.
Jadi apabila kami sampai, kami parking di sebuah Masjid yang berdekatan dengan Jeti Lumut, sekurang-kurang dapat juga kita membantu ekonomi masjid tersebut…Kami terus ke Jeti dan Beli tiket ..Kalau tak silap RM14 untuk orang dewasa..yang kanak-kanak MY dah lupa sebab bukan MY yang bayarkan 😁😁😁.
Nak tahu kemana MY pergi semasa berapa di Pulau Pangkor??? Jom tonton Youtube MY di bawah..dan jangan lupa untuk subscribe Youtube MY tau..kesian MY..hihihi..ok jom layan