Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat shukrisyira.com.

Semoga semua sihat selalu dan juga semoga kita dijauhi oleh Covid 19.

Untuk posting pada kali ini, adalah untuk berkongsi pengalaman MY dengan sahabat semua mengenai perjalanan MY dari Kota bharu ke Melaka dengan menaiki Kapal Terbang AirAsia (Everyone can Fly) pada tahun 2019. Ada yang bertanyakan kepada MY, ada ke penerbangan dari Kota Bharu ke Melaka dan kenapa MY ke Melaka ?Untuk soalan pertama, saya jawab sebenarnya memang ada penerbangan terus dari Kota Bharu ke Melaka tetapi MY lupa airline mana yang menawarkan penerbangan tersebut. Dari segi harga memang mahal sedikit kerana jadual penerbangan juga terhad. Berbalik kepada soalan kedua, kenapa sayang ulang-alik dari Kota Bharu ke Melaka. Sebenarnya MY dan isteri merupakan pasangan jarak jauh a.k.a PJJ. saya bekerja di Kota Bharu manakala Isteri di Melaka.

Menggunakan khidmat penerbangan dari AirAsia.com

Perjalanan ke Melaka, MY telah menggunakan perkhidmatan penerbangan daripada AIRASIA (EveryOneCanFly). Alhamdulillah, setakat MY menggunakan penerbangan AIRASIA semasa MY ulang-alik, servis mereka terbaik. Ini bukan ‘mengipas’ ye. Ini tulus ikhlas dalam hati 😊😊. Penerbangan ini akan mendarat di KLIA2. Biasanya MY berlepas sebelah petang lebih kurang dalam jam 5.00 petang.

Lebih kurang dalam 1 jam, tiba di KLIA2. MY tiba di Balai Ketibaan dan terus berjalan ke Level 1. Dimana terletaknya kaunter Bas. Jadi disini lah MY beli tiket untuk ke Melaka. Harga pada tahun 2019 lebih kurang dalam RM25. Untuk tahun 2021, MY tidak pasti dan banyak bas yang boleh kita buat pilihan. Masa menunggu bas pun tak lama.  

Dua gambar diatas ini adalah waktu dan bas yang berbeza. perjalan mengambil masa dalam lebih kurang 3 jam untuk sampai ke terminal Melaka Sentral

Jadi, itulah sedikit pengamalan MY nak kongsikan dengan sahabat – sahabat MY. Untuk pulang ke KLIA2 pula, MY membeli tiket di Melaka Sentral. untuk pembelian online turut disediakan iaitu https://melakasentral.com.my/  atau https://www.busonlineticket.com/ 

Jadi setakat ini sahaja perkongsian MY semasa ulang – alik dari Kota Bharu ke Melaka pada tahun 2019 dan awal tahun 2020 iaitu Sebelum berlakunya Pandemik COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *