Pantai Cahaya Bulan PCB, Kota Bharu

0 0
Read Time:1 Minute, 7 Second

Pantai Cahaya Bulan

Pada hujung minggu yang lepas, saya berpeluang untuk membawa keluarga ke sebuah tempat yang dikenali dengan Pantai Cahaya Bulan. Pantai ini merupakan salah satu lokasi pelancongan yang menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam atau luar negeri.

Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Mengikut dari wikipedia , sejarah pantai ini juga merupakan salah satu kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. 

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih tetapi dikawasan yang saya pergi ni dah ditambak dengan batu batu kerana untuk menghalang terjadinya hakisan ombak. Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Ada terdapat pelbagai aktiviti di pantai ini sebagai contoh main layang-layang. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Bagi sesiapa yang meinginkan kain batik, Pantai Chaya Bulan juga mempuyai deretan kedai yang menjual kain kain batik. Jadi terpulang kepada anda dan yang penting tepuk dada tanya poket. 

Dibawah ini terdapat beberapa keping gambar suasana ketika saya bawa keluarga ke Pantai Cahaya Bulan. Saya lupa nak ambil gambar yang ada disekitar Pantai Cahaya Bulan.


Suasan senja di Pantai Cahaya Bulan
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.