Dinosaurs Encouter di Kuantan

0 0
Read Time:2 Minute, 12 Second

ZOO MINI TAMAN TERUNTUM

Zoo Mini Taman Teruntum yang mana terletak di Teluk Cempedak, Kuantan telah lama dibina dan telah menjadi salah satu tempat tarikan di Bandar Kuantan. Walaupun keluasan Zoo Taman Terumtum ini tidak sebesar zoo yang lain tetapi ia sudah cukup memadai untuk memberi keseronokan kepada pengunjung Taman tersebut. Tetapi langit tidak selalunya cerah, keseronokan semakin hilang, jadi pihak tertentu telah mengambil inisiatif baru untuk menjadikan Zoo Mini Taman Teruntum kembali bersinar seperti zaman sebelum ini. Maka dengan itu lahirlah Zoo Mini Dinosour Encounter yang mana ia merupakan zoo hybrid yang pertama terdapat di Malaysia. Dengan itu, ia dijadikan salah satu tarikan terbaru di Kuantan, Pahang.

DINOSAUR ENCOUTER ZOO TAMAN TERUNTUM

Ia dilancarkan pada 10 Disember 2021 (periksa di laman rasmi). Taman ini mengetengahkan banyak juga dinosour yang hidup pada zaman dahulu samaada karnivor, omnivor dan hervivor. Mereka mengunakan teknologi animatronik dimana pergerakan dinosour tersebut seolah-olah pergerakan yang betul.

Bahagian Depan Dinosaur Encounter
Bahagian Enter Dinosaurs Encounter Taman Teruntum
Peta Lokasi Dinosaur Encounter

Harga Tiket untuk Masuk Zoo Teruntum Dinosaurs Encounter

Harga tiket saya sertakan dibawah. Terpulang kepada anda sendiri ukur baju dibadan sendiri. Konsep saya mudah, andaikata mahal saya akan buat simpanan khas untuk belanja kearah keseronokan anak-anak walaupun ambil masa yang agak lama. Keseronokan anak-anak menjadi kepuasan kepada kita sebagai ibubapa. Pihak Zoo perlu juga memainkan peranan untuk buat lebih ramai pengunjung datang seperti buat diskaun, hadiah atau apa – apa ang boleh menaikkan kadar pelawat yang datang ke Zoo.

 

Untuk merasai sedikit sebanyak pengalaman ketika berada di Taman Teruntum Dinosaur Encounter, anda boleh tonton video dibawah.

Anda boleh beli tiket di kaunter ataupun kioks yang telah mereka sediakan. Setelah selesai, proses beli dan check tiket anda disajikan dengan maklumat tentang dinosaur dan tersergem fosil atau tulang dinosaur ditengah-tengah lorong untuk ke taman. Dengan bunyi lagu tema Jurassic Park menambahkan lagi suasana umapama kita berada di zaman dinosaur. Sebaik sahaja anda keluar pintu, anda akan melihat tempat persembahan untuk menerangkan info tentang dinosaur. Kalau hendak menaip tentang perjalanan saya dan keluarga ke sana mungkin banyak sangat perlu ditaip, maka dengan itu, saya sajikan anda semua dengan sedikit sebanyak gambar saya dan family ketika berada disana. Dengan berkongsinya gambar dan video diatas ini berharap anda semua gembira.

GAMBAR-GAMBAR DALAM DINASOURS ENCOUTER TAMAN TERUNTUM ,KUANTAN

Untuk melihat gambar yang lebih menarik tentang zoo hybrid yang pertama ni..boleh layari facebook (klik sini)

Dengan itu, saya berharap dengan perkongsian saya untuk kali ini dapat memberi menafaat kepada anda diluar sana. InshaAllah kita akan berjumpa lagi untuk tajuk seterusnya.

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.